Sunday 6 October 2013

PIBG Sk Setiawangsa SBT

glitter logo maker - http://www.sparklee.com



PIBG Sk Setiawangsa SBT

     Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks, penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah digemblengkan secara terancang. Oleh itu, peranan PIBG amat penting dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah badan yang menjalankan usaha berterusan bagi menyokong kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara berlandaskan kepada kaedah-kaedah dan Perlembagaan PIBG.

PIBG secara sedar dan rasa penuh tanggungjawab memainkan peranan yang berkesan dalam menjayakan pelaksanaan perancangan sekolah.

Misi

1. Mengembeleng idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa untuk kebaikan
    sekolah.

2. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran
    dan maklumat pendidikan.

3. Untuk memberi peluang kepasa ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding
    antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan.

4. Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan, tenaga dan
    sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan pelajar.

5. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan
    sekolah dan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Visi

PIBG SK Setiawangsa seiring dan komited dengan pihak sekolah dalam menyediakan standard pembelajaran yang tinggi untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan dan seimbang bersesuaian dengan moto sekolah “sekolah terbilang tahun 2012”.


Logo



Warna Biru = Kesepakatan dan kerjasama yang wujud antara warga PIBG SKS dengan pihak SK Setiawangsa dalam merealisaikan misi dan visi PIBG SKS.

Warna Oren = Sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup serta mengamalkan budaya kecemerlangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan.

Makna tapak tangan = Bentuk tapak tangan membawa maksud peranan warga PIBG SKS dalam memberikan komitmen secara profesional dalam membantu pihak sekolah melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan.

Monday 27 May 2013

March 24, 2012 MESYUARAT PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SETIAWANGSA, K. LUMPUR
KALI KE-18

&

CERAMAH KEIBUBAPAAN

Tajuk : Kasih Sayang

Penceramah :
Al-Fadhil Sheikh Abdul Karim Omar Fatani Al-Makki

Imam dan Pegawai Hal Ehwal Islam,
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
masa : 8.00 pagi
Tarikh : 24 MAc 2012
Tempat : Dewan Sri Wangsa , SK Setiawangsa, Kuala Lumpur




AJK 2011





AJK PIBG 2012





































Wednesday 7 March 2012

Gotong-Royong Di Padang SK Setiawangsa

Pada 19 Febuari 2012(Ahad), satu gotong-royong khas telah diadakan bertujuan untuk meratakan padang. Memandangkan jadual pada hari Sabtu padat dengan pelbagai aktiviti pihak sekolah terpaksa menetapkan hari Ahad untuk program ini dijalankan.

Alhamdulillah, program yang dirancang telah berjalan lancar dengan bantuan PIBG, DBKL dan juga beberapa orang murid yang berkesempatan hadir. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ibu bapa, murid-murid dan guru-guru yang terlibat menjayakan program gotong-royong tersebut.
Pada 19 Febuari 2012(Ahad), satu gotong-royong khas telah diadakan bertujuan untuk meratakan padang. Memandangkan jadual pada hari Sabtu padat dengan pelbagai aktiviti pihak sekolah terpaksa menetapkan hari Ahad untuk program ini dijalankan.

Alhamdulillah, program yang dirancang telah berjalan lancar dengan bantuan PIBG, DBKL dan juga beberapa orang murid yang berkesempatan hadir. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ibu bapa, murid-murid dan guru-guru yang terlibat menjayakan program gotong-royong tersebut.
Keadaan padang yang berlopak dan berlecak
En. Rashid menunjukkan kekuatannya mengangkat seketul batu
Bertungkus lumus meratakan pasir.... huhhh
Tn. Hj. Ruslan sedang mengeluarkan pasir dari kereta sorong.
Juru Gambar:Pn. Jasmalia dan En. Hisham